Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

Tanah Runtuh Di Batu Feringghi Akibat Hujan Lebat

19 Sep 2012, 09:00pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Ratusan kenderaan terkandas hampir dua jam di Batu Feringghi, Pulau Pinang pagi tadi kerana tanah runtuh akibat hujan lebat.

Beberapa pokok di cerun bukit juga tumbang hingga menyekat laluan kedua-dua hala.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8:30 pagi tadi.

Ia menyebabkan satu-satunya jalan yang menghubungkan Tanjong Tokong dan Batu Feringghi ini mengalami kesesakan teruk.

Tinjauan mendapati jalan sesak sehingga 10 kilometer dari tempat kejadian.

Ratusan pengguna jalanraya, kebanyakannya ke tempat kerja, terkandas hampir dua jam.

Keadaan kembali pulih dan jalan dibuka sepenuhnya untuk lalu lintas pada jam 10:30 pagi, selepas kerja-kerja penyelenggaraan oleh JKR dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Tiada kecederaan dan kerosakan kenderaan dilaporkan.