Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

Tempoh Sah BB1M Dilanjut Hingga 30 April

26 Mar 2012, 07:23pm by Rodhiah M


Kerajaan melanjutkan tempoh sah penggunaan Baucer Buku Satu Malaysia atau BB1M sehingga 30 April depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin - bagi memberi peluang kepada pelajar pengambilan kedua institusi pengajian tinggi menunaikan baucer berkenaan.

DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN / MENTERI PENGAJIAN TINGGI

"Ini nak beri peluang kepada pelajar yang baru masuk pengambilan kedua awal tahun yang baru terima baucer mereka dan mereka ada kemukakan pandangan supaya ditambah, diberi sedikit masa maka kita bersetuju sambung sehingga 30 April".

Datuk Seri Khaled sebelum itu menghadiri majlis Apresiasi Kursi Akademik Luar Negara di Putrajaya siang tadi.

Beliau turut menyampaikan watikah pelantikan sebagai penyandang kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University, BFSU kepada Profesor Mohd Taib Dora.

Menurutnya, syarat penggunaan BB1M masih kekal berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi Januari lalu.

Sehubungan itu, Datuk Seri Khaled meminta semua kedai buku yang menyertai program BB1M - supaya terus menerima baucer berkenaan - walaupun cetakan tarikh tamat tempoh penggunaannya sehingga akhir bulan ini.

Sehingga kini - 5.1 juta keping BB1M bernilai 255 juta ringgit diedarkan kepada 1. 27 juta pelajar di seluruh negara.