Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

TV3 Sajikan 51 Program Sempena Syawal

25 Jul 2013, 09:00pm by Rodhiah Abu Yazid


Sempena kehadiran Syawal tahun ini, TV3 menyajikan 51 program bermula 8 Ogos hingga 24 Ogos.

Ia sebagai meneruskan tradisi menyediakan program menarik menerusi filem, majalah dan dokumentari, muzikal serta rancangan kanak-kanak.

Dengan tema 'Anugerah Syawal', TV3 memperkenalkan lapan selebriti popular, sebagai Duta Kempen Raya TV3 tahun ini.

Antaranya Nora Danish, Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Tasha Shila dan Neelofa.

Pelancaran Anugerah Syawal TV3 disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Ahmad Izham Omar.

TV3 turut memperkenalkan lagu Raya ciptaan penuh oleh Bunkface, yang berjudul Anugerah Syawal.