3R: Pencarian Hos Baru!!

Webmaster TV3

Sila rujuk maklumat yang tertera di bawah.

Where: Sila rujuk maklumat yang tertera di bawah.

Siapakah Hos 3R?

Dia seorang yang:

Pintar dan prihatin
Mempunyai pemikirannya yang tersendiri
Tidak takut menyuarakan pendapat
Selesa dengan diri sendiri
Konfiden apabila dikritik
Sentiasa bersedia untuk memdengar
Memahami pelbagai isu-isu semasa
Cepat belajar
Banyak menyumbang
Sanggup keluar daripada zon selesa
Mempunyai idea yang kreatif

3R (Respek, Relaks, Respon), sebuah program TV yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita khususnya golongan remaja secara terbuka dan tanpa berselindung telah diperkenalkan pada tahun 2000 sebelum laman sosial Facebook hadir dalam kehidupan harian kita. Bakal memasuki musim yang ke-14 pada tahun ini, 3R yang sudah bersiaran melebihi satu dekad ini kini kembali dengan konsep dan barisan hos yang baru. 

3R kembali mencari 3 personaliti wanita di antara umur 21 hingga 26 tahun untuk bekerja di hadapan dan di sebalik kamera. Hos 3R bukan sekadar berwajah ayu di hadapan kamera tetapi juga seseorang yang boleh menulis skrip dan menyumbang kandungan untuk program. Lebih penting lagi, hos 3R harus memahami matlamat 3R dan mendukung isu wanita sebagai isu kemanusiaan.

Klik di sini untuk melihat Sidang Media 3R: Pencarian Hos Baru >>

ADAKAH ANDA SEORANG YANG PINTAR, PRIHATIN & KONFIDEN APABILA DIKRITIK?

Kami mencari wanita berumur 21 – 26 tahun yang fasih berbahasa Melayu untuk sertai kami dalam pencarian host terbaru 3R!

Kalau anda seorang yang spontan, mempunyai pemikiran sendiri dan tidak takut untuk menyuarakan pendapat, andalah yang kami cari!

Sebagai hos 3R anda juga perlu selesa dengan diri sendiri, banyak menyumbang dan juga banyak mendengar serta memahami pelbagai isu-isu semasa.

Jom keluar dari zon selesa anda sendiri dan ketengahkan bakat dan idea anda.

Jadi, tunggu apa lagi? Daftarkan diri anda untuk sesi uji bakat kami di www.3r.com.my/projek3R

"Like" Facebook page kami www.facebook.com/3Rmalaysia atau ikuti kami di Instagram & Twitter @3Rmalaysia untuk mengetahui perkembangan terkini 3R dan juga lokasi ujibakat yang akan diadakan.



Atau datang untuk casting di -

UITM , Melaka

UiTM Shah Alam
Auditorium 3 Jun dan 6 Jun
20 Mei 2013 9 Pagi - 5 Petang
8 Pagi - 5 Petang  
   
   
USM Penang
Dewan Kuliah A, Foyer
31 Mei dan 1 Jun 2013
9 Pagi - 5 Petang  
   
   













0 Comments posted

Displaying: 0 out of 0

You must be a registered user to comment - please login or register