< Back to Press Releases

Press Releases

Anugerah Juara Lagu 26 : Alunan Muzik Bergelora

Webmaster TV3 09/01/2012 10:26:00

Debaran bagi para penggiat muzik tanahair kini bermula! Pastinya para peminat muzik tanahair tidak sabar menantikan saat apabila 12 buah lagu terbaik hasil nukilan dan garapan komposer dan penulis lirik tempatan bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 26 pada 29 Januari 2012 nanti! Selepas kemenangan Ana Raffali pada tahun lepas, lagu manakah pula yang bakal dinobatkan sebagai juara kali ini?

 

Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula jam 9.00 - 11.30malam pada 29 Januari 2012, jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan hebat lagi memukau daripada 11 artis berkumpulan dan solo seperti 3 Suara, Yuna, Faizal Tahir, Aizat, Projek Pistol, Alyah, Atilia & Monoloque, Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Jaclyn Victor, Hafiz dan Najwa Latif dalam usaha mereka untuk menjulang trofi Anugerah Juara Lagu 26! 

 

Setelah lebih dua dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik. Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, elemen air telah dipilih sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini. Selari dengan arus pembangunan dan prestasi industri muzik kita, irama dan alunan lagu bagaikan aliran air yang tidak pernah putus dan turut berubah mengikut perkembangan semasa di mana para penggiat muzik sentiasa mengambil inisiatif untuk mencuba elemen-elemen baru dalam berkarya. 

 

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar,  ”Setelah lebih dua dekad penganjurannya, Anugerah Juara Lagu terus mendapat perhatian dan kemunculannya bagaikan satu tradisi pemecah revolusi yang terus dinantikan setiap peminat muzik tanah air. Ini terbukti kerana saban tahun Anugerah Juara Lagu mendapat sambutan menggalakkan dengan mencatat jumlah peratusan penonton yang tinggi. Selain memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik tanah air, Anugerah Juara Lagu juga merupakan pencetus kepada perubahan dalam evolusi muzik tanah air.”

 

“Sudah menjadi matlamat kami untuk memastikan Anugerah Jura Lagu 26 terus diangkat sebagai acara yang berprestij dan pembuka tirai tahun 2012 yang hangat diperkatakan. AJL sering membawa konsep berlainan setiap tahun dan bersempena dengan ulangtahunnya yang ke-26, elemen air dipilih sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya di dalam industri tempatan di kemuncak acara gemilang ini. Pada malam berkenaan AJL26 akan diselang-selikan dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzik dan persembahan istimewa yang mampu memberikan impak mendalam bukan sahaja kepada persembahan para finalis, segmen pembuka tirai dan interlude, malah boleh dilihat dan dirasai secara keseluruhan ketika perjalanan program ini berlangsung,” tambah Izham. 

 

Anugerah Juara Lagu 26 dicetuskan oleh Celcom sebagai penaja rasmi. “Celcom amat berbangga kerana diberi peluang untuk mencetuskan Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26). Matlamat kami dalam AJL26 adalah untuk memberi pengiktirafan kepada lagu-lagu tempatan dan pada masa yang sama memberi sokongan kepada para artis dan komposer untuk terus maju dalam industri muzik tanahair. Bagi merealisasikan matlamat ini, kami akan memperkenalkan satu kategori baru iaitu anugerah ‘Juara Mobile’ untuk mengiktiraf lagu yang telah mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak melalui The Cube, yang menawarkan kandungan hiburan digital masakini yang penuh dengan pelbagai kandungan tempatan mahupun antarabangsa yang mudah di akses melalui telefon mudah alih.” kata Afizulazha Abdullah, Ketua Pegawai Operasi, Data Lanjutan Celcom Axiata Berhad.

 

Para pelanggan Celcom juga berpeluang menyaksikan dan merasai kehebatan AJL26 secara langsung bersama para finalis AJL26  menerusi promosi The Cube, “Be Amongst The Star”di mana pelanggan hanya perlu muat turun ‘Call-Me-Tones’ AJL26 dan simpan sehingga 20 Januari 2012. 10 pemenang bertuah akan mendapat sepasang pas eksklusif untuk menyaksikan AJL26 secara langsung pada 29 Januari 2012 di Stadium Putra, Bukit Jalil. 

 

Melalui The Cube, para pelanggan juga berpeluang memenangi tiket-tiket percuma AJL26 dengan menyertai pelbagai promosi istimewa seperti menyanyi mana-mana lagu AJL26 dan hantar ke The Cube, melanggan AJL26 Celebrity Fan Page atau Gundumooz. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi The Cube dan untuk muat turun lagu-lagu finalis AJL26, dail *888# atau layari  HYPERLINK "http://m.thecube.my" m.thecube.my menerusi telefon mudah alih atau melalui laman web  HYPERLINK "http://www.thecube.my" www.thecube.my. (Senarai Call-Me-Tones finalis AJL26 adalah seperti dilampirkan)

 

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 26 bakal menyaksikan gandingan hebat Faizal Ismail (FBI) dengan Cheryl Samad sebagai hos. Dan lagi berita baik untuk seluruh peminat muzik tanahair, nantikan kemunculan istimewa Awie, Jamal Abdilah dan Datuk Sheila Majid yang bakal menyemarakkan persembahan pembuka tirai AJL26 manakala segmen interlude pula menampilkan gandingan tiga penyanyi muda yang kini hangat menempa nama menerusi bakat vokal luar biasa mereka iaitu Black, Azlan The Typewriter dan Hazama. 

 

Acara ‘Blue Carpet’ akan dimulakan pada jam 7.30malam dan dibawakan secara langsung melalui laman web rasmi AJL 26, www.tv3.com.my/ajl26. Selain corat-coret menarik di sebalik tabir Anugerah Juara Lagu 26, laman web rasmi AJL 26 juga menganjurkan peraduan TIRU GAYA ARTIS. Para peserta hanya perlu melakonkan kembali segmen persembahan pemenang Anugerah Juara Lagu sejak tahun 1986 sehingga tahun 2010 dan hantarkan video TIRU GAYA ARTIS  secara online. 10 peserta terbaik telah dipilih ke pusingan akhir di mana juara akan ditentukan berdasarkan undian awam bermula pada 2 Januari sehingga 20 Januari 2012. Pemenang bertuah ini bakal memenangi hadiah wang tunai RM5,000 di samping menjadi tetamu istimewa (VIP) di malam anugerah gilang gemilang nanti. 

 

Bahang Anugerah Juara Lagu 26 disemarakkan lagi dengan roadshow daripada finalis AJL 26 seperti 3 Suara, Aizat, Alyah, Projek Pistol dan Hafiz di Plaza Angsana, Johor Bharu pada 8 Januari (Ahad) bermula jam 2.00 hingga 6.00 petang. Selain itu, Kumpulan Illusi dan Hazama juga akan turun padang untuk bertemu peminat. Selain berhibur, orang ramai juga berpeluang untuk beramah-mesra dan mengenali dengan lebih dekat bintang-bintang pujaan mereka.

Orang ramai yang ingin menyaksikan Anugerah Juara Lagu 26 di Stadium Putra, Bukit Jalil juga berpeluang mendapatkan tiket-tiket VIP yang eksklusif melalui Hot FM dan MyTv3. Di samping itu, tiket-tiket percuma boleh diperolehi di Balai Pengawal, Sri Pentas, Bandar Utama pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Tiket adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.  

 

Sidang produksi Anugerah Juara Lagu 26 diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif sementara Nurhul Huda Haji Khalid bertindak sebagai Penerbit. Selain Celcom sebagai penaja rasmi, AJL 26 turut menampilkan Silkygirl selaku penaja bersama, Hot FM selaku radio rasmi dan Bentley Music sebagai penaja lokasi sidang media. Ikuti detik-detik persiapan Anugerah Juara Lagu 26 dan kemeriahan roadshow AJL 26 menerusi program ’Debaran AJL’ yang akan bersiaran pada 14, 21 dan 28 Januari 2012 (Sabtu) dari jam 5.00 – 6.00petang. Layari laman web rasmi  HYPERLINK "http://www.tv3.com.my/ajl26" www.tv3.com.my/ajl26 untuk maklumat lanjut.


Related Articles

Qari Perak, Qariah Pahang Juara Tilawah Al-Quran

sarah farhana 15/06/2013 13:35:00

Qari dari Perak, Anuar Hasin dan qariah dari

Read more...

Selangor Juara Piala Belia

Rodhiah Abu Yazid 09/06/2013 12:00:00

Kejohanan Bola Sepak Piala Belia.Selangor muncul juara selepas

Read more...

Anugerah Sukan Selangor 2012

SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED 06/06/2013 16:16:00

Ratu renang negara, Khoo Chai Lin dinobat Olahragawati

Read more...

Pemilihan GERAKAN 26 Oktober Depan

Syuhada Rais 04/06/2013 18:58:00

Pemilihan Gerakan peringkat kebangsaan akan diadakan 26 oktober

Read more...

ATM Masih Optimis Peluang Juara

mahirah shah 31/05/2013 16:01:00

Baki empat lagi saingan Liga Super musim ini

Read more...

Nicol David Gagal Pertahan Takhta Juara Terbuka Britain

Syuhada Rais 27/05/2013 11:12:00

  Skuash Terbuka Britain. Datuk Nicol David gagal mempertahankan kejuaraa

Read more...

Bayern Munich Muncul Juara

nur farhanin 26/05/2013 10:59:00

Bolasepak liga juara-juara Bayern Munich membuktikan keunggulannya apabila

Read more...

5 Muka Baru Antara 26 Yang Dipanggil Datuk K. Rajagobal

nur farhanin 25/05/2013 11:07:00

Lima muka baharu antara 26 pemain yang dipanggil

Read more...

Pelumba Movistar Juara Jelajah Giro De Italia Ke-16

mahirah shah 22/05/2013 16:47:00

Jelajah Giro De Italia. Pelumba Movistar, Benat Intxausti muncul

Read more...

Serena Williams & Rafael Nadal Raih Gelaran Juara

sarah farhana 20/05/2013 14:02:00

Tenis terbuka Itali. Jaguh dunia, Serena Williams dan Rafael

Read more...

0 Comments posted

Displaying: 0 out of 0

You must be a registered user to comment - please login or register