< Back to Press Releases

Press Releases

BFF… Teman Tapi Mesra

Webmaster TV3 18/01/2012 16:42:00

Sahabat yang setia sentiasa bersama kita samada dalam keadaan senang atau susah. Semangat setia kawan yang ikhlas ini merupakan dorongan kepada kita untuk berdepan dengan pelbagai hidup. Apabila usia kita semakin matang dan memerlukan seorang teman hidup, apakah persahabatan itu akan kekal atau menjadi teman tapi mesra selama-lamanya?

 

Terbaru di TV3, “BFF…Teman Tapi Mesra” terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd mengisahkan persahabatan Iskandar dan Shahidah yang terjalin sejak zaman kanak-kanak. Iskandar telah mengahwini Shahidah hanya untuk membebaskan sahabat karibnya daripada kongkongan ibu bapa yang tidak merestui cita-cita Shahidah. 

 

Bakal bersiaran pada setiap Ahad jam 9.00malam mulai 15 Januari 2012, BFF…Teman Tapi Mesra diarahkan Amy Maziah dan hasil nukilan skrip oleh Maizura Mohd Ederis. Drama bersiri selama 8 episod ini membariskan bakat-bakat muda seperti Sari Yanti, Munif Isa, Irfan Roslan dan Syatilla Melvin. 

 

Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Masing-masing merupakan sumber kekuatan untuk mengharungi pelbagai masalah dalam hidup. 

 

Selepas tamat SPM, Iskandar sudah diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota. 

 

Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam tekanan akibat kongkongan ibu bapanya. Lantas, dia terfikir hendak membebaskan Shahidah dengan cara melamarnya sebagai isteri. Demi kebebasan dan minat yang membara terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka. 

 

Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka tinggal berasingan dan merahsiakan status mereka daripada orang sekeliling. Iskandar meneruskan kerjayanya sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.

 

Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Hanya berbual tentang impian mahu menjadi yang terbaik dalam industri yang mereka ceburi. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar. 

 

2 tahun sudah berlalu, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga.  Namun, hasrat mereka terpaksa ditangguhkan kerana ibu Shahidah meninggal dunia. 

 

Hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat. Lalu Iskandar sedar bahawa Shahidah bukan lagi sebagai teman baik tetapi pasangan hidup yang lengkap. Iskandar telah jatuh cinta kepada teman baiknya sendiri. 

 

Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) dan sedia menerimanya sebagai cinta pertama. Apakah kesudahan bagi hubungan Shahidah, Iskandar dan Emran? Jangan ketinggalan untuk menonton kesudahan kisah Shahidah, Iskandar dan Emran menerusi ‘BFF…Teman Tapi Mesra’ pada setiap Ahad jam 9.00malam. 


Related Articles

Tinjauan Mesra Di Kota Belud

SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED 28/04/2012 16:43:00

Timbalan Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan dua

Read more...

PM Lakukan Tinjauan Mesra Di Sibu

SHELIZAN DOLLAH 27/04/2012 11:36:00

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun

Read more...

Tinjauan Mesra Di Pasar Besar Siti Aishah

SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED 24/04/2012 21:00:00

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat

Read more...

Tinjauan Mesra PM Di Johor

SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED 10/03/2012 13:48:00

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memulakan program

Read more...

SPNB Kaji Bentuk Baru Rumah Mesra Rakyat

SHELIZAN DOLLAH 05/02/2012 13:09:00

Syarikat Perumahan Negara Berhad, SPNB sedang mengkaji bentuk

Read more...

PM Teruskan Amalan Beramah Mesra Dengan Rakyat Di Taiping

SHELIZAN DOLLAH 14/01/2012 13:06:00

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

Read more...

Pendekatan DEB Diubah Supaya Lebih Mesra Pasaran

NURUL AZURA ABDUL RAHMAN 14/09/2011 13:00:00

Tindakan afirmatif untuk membantu Bumiputera, yang diperkenal di

Read more...

Biodiesel Kelapa Sawit B-5 Lebih Mesra Alam

02/06/2011 12:32:01

Pengguna diesel kini, mempunyai pilihan menggunakan bahan bakar

Read more...

Bff...teman Tapi Mesra

20/02/2012 13:30:00

Sahabat yang setia sentiasa bersama kita samada dalam

Read more...

10 Comments posted

saya terlepas menonton live episod 4. Bolehkah saya menonton kembali pada malam yang sama, tetapi berbeza waktu? Jika boleh, bagaimana caranya? Terima kasih.

macam maner saya nak tengok episode bff yang lepas yer?

nk tgk episod2 sblm ni xblh ke? ka tonton pun xde crt ni..cmne nk tgk ye??

mau tgk cte nie ... plz tayang kn at tonton

saya suka tengok cerita ni,jalan cerita nya lain dari drama2 yang saya selalu tengok.Tapi kenapa tidak boleh tonton online TONTON?kalau sesiapa yang tau macam mana boleh tengok online bagi tau saya k...........

NK TGK CITE NI...............:)

Rasanya jalan cerita ni macam tak sesuai je untuk orang islam. Atas sebab apa pun seseorang tu berkahwin...isteri tetap kena patuh dan tidak boleh curang atau pun keluar dengan lelaki lain tanpa izin suami...cerita mcm ni boleh mengalakkan budaya yang tidak baik dalam institusi kekeluargaan...

suka sangat tgk citer nie.. tp kenapa 8 episod jerr.. tak puas tgk iskandar huhuhuh

kenape tk bleh tgok ek cite niy?? sy ade yg tlepas tgok ep cite niy.. cmne nk tgok blik ek klau tk bleh tgok kt TONTON niy??? ade sape2 thu tk??

saya nak tgok cter ni!!!!!!! nape xde kt cni???? kt tonton pn xde.... plez...nk tgok cter ni gak

Displaying: 1 - 10 out of 10

You must be a registered user to comment - please login or register