< Back to Press Releases

Press Releases

Pelangi Kasih

Webmaster TV3 18/01/2012 16:55:00

Ikatan persahabatan yang kukuh dan murni menimbulkan persoalan apabila salah seorang daripada mereka mengambil keputusan menghilangkan diri dan membina kehidupan baru di sebuah daerah pedalaman.  Menyusuli Bunga April, saksikan drama bersiri terbaru terbitan Global Station mulai 19 Januari 2012, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam. 

 

Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Nabila Huda, Puteri Sarah, Beto Kushairy, Johan Ariff Asa’ri, Wati Sadali, Fathil Dani, Abu Bakar Juah dan ramai lagi, drama bersiri 25 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Mohamed Feroz Kader dan penulis skrip Zahirah Hassan. 

 

Mengisahkan persahabatan erat antara Sofea (Nabila Huda), Azlin (Puteri Sarah) dan Zafrul (Beto Kushairy), Sofea berkawan rapat dengan Azlin sejak zaman persekolahan walaupun berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza. Azlin bakal mewarisi perniagaan daripada datuknya, Haji Mahmod, Pengerusi Green Global Sdn Bhd manakala bapa Sofea ialah seorang guru agama di surau dan bercucuk tanam untuk menampung keluarganya.

 

Zafrul (Beto Kushairy) yang tinggal berhampiran dengan mereka berumur 2 tahun lebih tua daripada Azlin dan Sofea banyak membantu mereka dalam pelajaran. Malah, Zafrul yang cemerlang dalam pendidikan menjadi teladan kepada Azlin dan Sofea untuk berjaya.

 

Setelah tamat pengajian di universiti, Sofea dan Azlin menyertai syarikat Green Global Sdn. Bhd. Di bawah pengurusan dua wanita muda in,i GREEN GLOBAL SDN.BHD meningkat dengan pantas. Azlin memang cekap dalam pentadbiran dan perhubungan dengan pelanggan. Sementara Sofea begitu bijak membawa pelabur luar masuk ke dalam negara dan melabur dalam bidang hartanah.

Hubungan erat Azlin, Sofea dan Zafrul berjalan lancar sehingga Zafrul membuat keputusan untuk mengahwini Azlin. Sofea terluka kerana cintanya kepada Zafrul dipermainkan. 

 

Untuk mengukuhkan kedudukan Zafrul dalam syarikat, Azlin telah memberikan jawatan yang sepatutnya menjadi milik Sofea kepada Zafrul. Sofea berasa kecewa dengan Azlin kerana menganggap Azlin cuba menyingkirkannya secara halus. 

 

Pengenalan Sofea dengan Omar (Johan Ariff Asa’ri) yang merupakan pesaing kepada Green Global Sdn Bhd menimbulkan rasa tidak senang hati oleh Zafrul. Akhirnya, Sofea dikhianati dan dipecat atas tuduhan pecah amanah oleh Azlin yang cemburu dengan prihatin Zafrul atas Sofea. 

 

Selepas Sofea berkahwin dengan Omar, syarikat Lembayung Delta Sdn Bhd milik Omar telah mengalahkan Green Global Sdn Bhd untuk mendapatkan tender tanah. Bagi menjaga kepentingan syarikat pada masa depan, Zafrul berikhtiar untuk ‘menghapuskan’ Sofea dan Omar dari dunia korporat. 

 

Sofea terluka dengan pengkhianatan 2 sahabat baiknya dan menghilangkan diri di kampung halaman Omar.. Apakah Sofea akan bertemu semula dengan Zafrul dan Azlin? Saksikan kesudahan Pelangi Kasih di slot Samarinda mulai 19 Januari 2012, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam. 


Related Articles

Konvoi Kembara Jalinan Kasih Di Kelantan

SHELIZAN DOLLAH 30/04/2012 18:52:00

Konvoi Kembara Jalinan Kasih, KJK, anjuran Jabatan Penerangan

Read more...

Pelangi Kasih

13/01/2012 16:34:00

Mengisahkan hubungan tiga sahabat sejak kecil lakonan Nabila,

Read more...

Kerajaan Akan Laksanakan Pemberian BR1M Kepada Isi Rumah Di Bawah E-Kasih

Rodhiah M 02/03/2012 18:42:00

Kerajaan akan melaksanakan pemberian Bantuan Rakyat Satu

Read more...

Pelangi Kasih

Webmaster TV3 15/02/2012 12:42:00

Dikhianati Sahabat Kerana Cemburu dan Sangsi

Read more...

Kerajaaan Tidak Pilih Kasih, Ringan Beban Rakyat

NORAINIS MOHD NOOR 12/01/2012 20:00:00

Selangor antara negeri yang mencatat jumlah  permohonan paling

Read more...

PM Ucap Terima Kasih

SHELIZAN DOLLAH 28/12/2011 20:36:00

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

Read more...

Sandaran Kasih

justine lim 20/09/2011 15:02:00

Read more...

Akasia: Kasih Alia

Syed Halim Syed Jalaludin 26/08/2011 00:00:00

Menyusuli “Dewa Cinta”, drama bersiri terbaru ‘Kasih Alia&rsqu

Read more...

Kasih Alia

1055327 23/09/2011 11:25:00

Read more...

Akasia: Kasih Alia

1055327 10/08/2011 00:00:00

Menyusuli “Dewa Cinta”, drama bersiri terbaru ‘Kasih Alia&rsqu

Read more...

0 Comments posted

Displaying: 0 out of 0

You must be a registered user to comment - please login or register