< Back to Press Releases

Press Releases

Piala Negara-Negara Afrika 2013 (AFCON 2013)

Webmaster TV3 17/01/2013 16:23:00

Petaling Jaya, 17 Januari 2013 – Pertama kali di stesen swasta siaran terestial, Piala Negara-Negara Afrika 2013 (Orange  Africa Cup Of Nations 2013) bakal disiarkan menerusi saluran TV3 dan TV9 bermula 19 Januari hingga 10 Februari ini. Mendapat hak istimewa sebagai penyiar TV, TV3 dan TV9 mencorakkan keistimewaan ini dengan membawa tema ‘Real Fans Real Football’ kepada peminat-peminat bola sepak tempatan. Menampilkan 16 buah negara terbaik benua Afrika dari jumlah 47 buah negara yang bertanding menerusi pusingan kelayakan. 

 

Kesemua 16 buah negara dipisahkan kepada 4 kumpulan di mana Kumpulan A disertai oleh Afrika Selatan selaku tuan rumah, Angola, Maghribi dan Cape Verde, yang membuat kejutan ke atas Cameroon di pusingan kelayakan. Di Kumpulan B ialah juara 4 kali, Ghana, Mali, Niger dan Republik Demokratik Congo. Di Kumpulan C pula, juara bertahan, Zambia, Burkina Faso, Nigeria, yang kembali ke pentas Piala Negara-Negara Afrika selepas gagal layak pada tahun 2012 dan Ethiopia manakala di Kumpulan D atau group of death menampilkan Ivory Coast, Tunisia, Algeria dan Togo.

 

Penonton khasnya peminat bola sepak berpeluang menyaksikan kelibat nama-nama besar sukan ini yang bermain di liga utama dunia seperti Didier Drogba, Yaya Toure (Ivory Coast), John Obi Mikel (Nigeria), Emmanuel Adebayor (Togo), Seydou Keita (Mali), Kevin Prince Boateng, Sulley Muntari (Ghana), Manucho (Angola), Abdelaziz Barrada (Maghribi), Sofiane Feghouli, Nadir Belhadj (Algeria) dan Youssef Msakni (Tunisia) bersama pasukan kebangsaan mereka sendiri. 

Tahun lalu Zambia yang lebih sinonim dengan jolokkan The Copper Bullets telah menundukkan pasukan pilihan, Ivory Coast di perlawanan akhir menerusi penentuan penalti seterusnya menjulang trofi Piala Negara-Negara Afrika edisi ke-28. Malah, pemain terbaik kejohanan juga dinobatkan kepada ketua pasukan Zambia iaitu Christopher Katongo. Mampukah Herve Renard dan anak buahnya mengulangi kejayaan 2012? Yang pasti, pasukan lain juga sudah mula memberi tumpuan kepada Zambia terutama sekali Ivory Coast.

 

Perkembangan dan liputan terkini kejohanan ini boleh disaksikan menerusi program bual bicara sukan popular iaitu ‘Kaki Bola’ (setiap Ahad jam 6.00 petang) dan ‘Score Board’ (setiap Isnin jam 12.30 tengah malam). Selain itu, pelbagai kupasan dan sorotan tentang perkembangan Piala Negara-Negara Afrika 2013 akan dipaparkan melalui segmen khas di ‘Malaysia Hari Ini’ dan segmen sukan di ‘Buletin Utama’ setiap hari. 

 

Ulangan aksi-aksi menarik  (highlights) akan menyusul di TV3 dan TV9 selama sejam bermula 10.00 hingga 11.00 pagi pada hari sama perlawanan. Pengacara yang tidak asing lagi iaitu Tabah Sazwan Othman dan Mas Kieran akan bersama pengulas sukan popular, Abu Bakar Atan untuk membincang dan menganalisis perlawanan sebelum dan selepas berlangsung menerusi ‘Grand Stand’. 


Related Articles

Jaguh Skuash Negara Beraksi Cemerlang

nur farhanin 25/05/2013 11:06:00

Jaguh Skuash Negara, Datuk Nicol David beraksi cemerlang

Read more...

2 Perlawanan Piala FA Berlangsung Malam Ini

nur farhanin 25/05/2013 11:05:00

 Malam ini Stadium Larkin sekali lagi menjadi tumpuan

Read more...

Maybank 1Q Result Ended 31st March 2013

Syuhada Rais 23/05/2013 17:37:00

    Malayan Banking Berhad, Maybank posted a 6.2% increase

Read more...

Ekspedisi Everest Felda 2013 Berjaya Takluk Puncak Tertinggi Dunia

mahirah shah 23/05/2013 15:03:00

Sikap tidak pernah mudah mengalah akhirnya membuahkan hasil

Read more...

Negara Eropah Kuasai Saingan Kelas 2 Dan 3

sarah farhana 23/05/2013 11:31:00

Meskipun kurang diberi tumpuan, aksi pasukan divisyen 2

Read more...

Petronas Chemicals Group Berhad Allocated RM3 Billion In 2013

Syuhada Rais 22/05/2013 17:47:00

    Petronas Chemicals Group Berhad, PCG has allocated RM3

Read more...

Khairy Akan Jumpa BAM Bincang Kebangkitan Beregu Utama Negara

mahirah shah 22/05/2013 15:32:00

Dalam pada itu, kemerosotan beregu utama negara Koo

Read more...

Wood Ball Warnai Sukma 2013

mahirah shah 22/05/2013 11:55:00

Sukan 'Wood Ball' mungkin tidak sepopular acara-acara sukan

Read more...

Tunku Abdul Aziz Bertegas Akan Membongkar Apa Saja Berkait Keamanan Negara

nur farhanin 21/05/2013 22:42:00

Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz bertegas

Read more...

Yang Dipertua Dewan Negara Gesa Karpal Singh Hormati Perlembagaan

nur farhanin 21/05/2013 22:17:00

Hormati perlembagaan dan undang-undang negara. Yang Dipertua Dewan Negara,

Read more...

0 Comments posted

Displaying: 0 out of 0

You must be a registered user to comment - please login or register