< Back to Press Releases

Press Releases

Siti Kelembai

Syed Halim Syed Jalaludin

Jika cerita dongeng cukup terkenal dengan watak si ‘itik hodoh’ seperti Cinderella dan Dayang Senandung, slot Lagenda pula menampilkan drama bersiri terbaru terbitan MIG Productions, Siti Kelembai yang membariskan pelakon hebat seperti Liyana Shamsudin, Fizo Omar, Amran Omar, Farah Lyana, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof dan ramai lagi. Bermula 20hb September, drama 20-episod arahan Bob Hashim Ismail ini akan disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang.

Diadaptasikan daripada cerita rakyat, Sang Kelembai, Siti Kelembai versi moden pula berkisar tentang Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi di dalam kelas. Pada zahirnya, Siti Ratna dianugerahkan rupa paras yang cantik warisan ibundanya, namun, kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang sangat selekeh dan tidak pandai menjaga penampilannya.

Sewaktu di dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala guru kelasnya sedang memberi pengajaran di hadapan, fikiran Siti Ratna akan melayang-layang entah ke mana dan seolah-olah dirinya berada di alam lain. Di kolej, satu-satunya kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang agak lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekuliahnya. Menjelang hari lahirnya yang ke-21, Siti Ratna teringin untuk mengadakan majlis sambutan dan menjemput semua rakan-rakan kuliah. Bagi menampakkan kelainan, Moin mencadangkan agar Siti Ratna membuat kejutan dengan menukar imej dan penampilannya.

Siti Ratna yang pada mulanya agak berat hati, akhirnya bersetuju setelah dipujuk berkali-kali oleh Moin dan dibawa berjumpa dengan kakak tiri Moin, Masmona yang mempunyai sebuah salon kecantikan. Dengan bantuan Masmona, penampilan Siti Ratna yang sebelumnya selekeh dan hambar kini bertukar sekelip mata menjadi seorang gadis yang rupawan dan anggun! Selain daripada menjadi bualan hangat dan pujaan hampir semua lelaki di kolejnya, secara tiba-tiba Siti Ratna telah dianugerahkan suatu kuasa sakti yang agak luar biasa pada malam sambutan hari lahirnya. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang pada mulanya tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahgunakan atau tidak terkawal boleh menyebabkan suasana haru-biru. Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memarahi sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahinya menjadi gatal. Pastinya peristiwa hari lahirnya itu telah menjadi titik permulaan kepada rungkaian hikayat Siti Kelembai. Dapatkah Siti Ratna menyesuaikan dirinya dengan kuasa sakti yang dimiliki? Apakah kaitan kelebihan dirinya dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba?

17 Comments posted

suke sgt cter ni...hmmm...anyway..ary smlm mse santai cruise zainal alam ckp dewa klmbai 2 pkai als kaki ikea jd bju dye...btul ke?

Suka cite ni. Ada unsur lucu, serias, membuli dan terkena balik (padan muka) hahahahaha. kiranya cite ni seronok lah nengok....

mcmmane nak tgk citer ni balik..

kenapa siti kelembai tak leh tengok kat web nie?

bengong,xbleh tgok oh!youtube pon xbleh.asl?ngek

nak tgk kat ne?

fuhhhhh......................menarik gila...............

suke gak tp nk tgk lagi mcm mn ekk?

dah tng sampai eps 19, nak sambung eps 20 dah tak boleh. kenapa nie?

lawak la citer.... nnti uat ulangan lg...

Displaying: 1 - 10 out of 17

You must be a registered user to comment - please login or register