Average User Rating
3.5 / 5Territory: Global ENAM bulan selepas kematian Zaliya. Asmara menjadi pemurung dan terasa kehilangan yang amat sangat. Asmara amat terkilan kerana dia tidak sempat bertemu Zaliya pada saat-saat akhir Zaliya kerana berada di kampung. Sahlan dikatakan mahu pengkebumian Zaliya dilakukan segera. Ketika tergesa-gesa pulang ke Kuala Lumpur, motorsikal Asmara rosak di tengah jalan. dalam masa sama Asmara terpaksa mengambil masa mencari teksi. Asmara sampai ketika jenazah Zaliya sudah dikebumikan. Asmara hanya mengurung diri di rumah Nek Mah di kampung. Dia seolah-olah hidup dalam bayangan Zaliya. Nek Mah mulai bising-bising kerana Asmara hilang semangat untuk hidup. Nek Mah mahu Asmara memikirkan masa depan Adam yang ada dalam jagaan mereka.