Cinta Elysa

Episodes

Results 1 - 10 out of 13

4.5 / 5

Episode 13

Aril sedih menyangka Elysa datang untuk menuntut cerai darinya tetapi selama beberapa hari kedua-duanya tidak bercakap mengenai perceraian itu. Sebaliknya Elysa melayan Aril dengan baik dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri, ...

Read more...
4 / 5

Episode 12

Rashid mengamuk apabila mendapati Yasmin bukan salah seorang penerima harta. Dia memaksa Yasmin meminta Elysa memindahkan hartanya atas nama Yasmin. Menyedari sikap Rashid, Yasmin mula menyedari Rashid mempunyai niat tidak baik kepadanya. ...

Read more...
4.5 / 5

Episode 11

Aril pulang ke rumah dan mendapati Elysa sudah tidak ada. Aril menyangka Elysa sudah meninggalkannya. Aril pasrah dengan keputusan Elysa kerana mereka sudah setuju bercerai selepas Elysa sembuh. ...

Read more...
4 / 5

Episode 10

Yasmin mula tertekan apabila Rashid tidak peduli apa yang berlaku kepada anak-anaknya. Rashid tidak mahu bertanggungjawab atas kehilangan anak-anak Yasmin dari asrama. ...

Read more...
4 / 5

Episode 9

Beberapa bulan berlalu, Elysa semakin sembuh. Aril pula masih dengan kegiatan samsengnya. Elysa selalu memujuk Aril supaya berhenti melakukan jenayah dan mencari pekerjaan yang halal. ...

Read more...
4.5 / 5

Episode 8

Mak Jah pula meragui hubungan Elysa dengan Aril. Kedua-duanya selalu bertengkar kerana Elysa tidak suka Aril bergiat dalam kumpulan samseng semula. Aril pula meminta Elysa pulang kepada ibunya apabila dia boleh berjalan dengan sempurna. ...

Read more...
4 / 5

Episode 7

Aril sampai di sebuah kampung. Dia sendiri tidak merancang ke kampung itu. Di sebuah gerai makan, Aril bertemu Mak jah, seorang pengamal perubatan tradisional dan teruja melihat keadaan Elysa. ...

Read more...
4 / 5

Episode 6

Aril terdengar perbuatan Joey di bilik tempat tidur Elysa. Aril menghalang Joey dan memukulnya. Joey pengsan. Aril membawa Elysa keluar dari rumah itu. Elysa merayu agar Aril menghantarnya pulang. ...

Read more...
4 / 5

Episode 5

Keadaan Jasman begitu parah. Dalam keadaan nazak dia ingin bertemu Aril. Jasman mengamanahkan Aril untuk menjaga anak-anaknya terutama Elysa. Aril terpaksa berjanji dengan Jasman. ...

Read more...
4.5 / 5

Episode 4

Aril mengesyaki Yasmin mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Bagaimanapun dia tidak mahu mengadu kepada Jasman, menganggap itu bukan urusannya. Yasmin pula risau jika Aril mengadu kepada Jasman dan mahu memberi duit kepada Aril. ...

Read more...

Results 1 - 10 out of 13