Cinta Jannah

Episodes

Results 1 - 10 out of 24

4.5 / 5

Episode 24

Perut Nur Jannah sakit. Bonda membawa Nur Jannah ke hospital. Izaryl bermimpi. Nur Jannah jatuh ke dalam lubang yang dalam dan meminta tolong. Izaryl hanya melihat. Nur Jannah meminta tolong dan menangis. Izaryl tersedar dan badannya berpeluh. Telefon Izaryl berbunyi. Tengku Zareena memberitahu Damia sudah bersalin. Bonda menunggu di wad kecemasan. Tengku Zareena dan Izaryl menunggu di tempat yang sama. Doktor keluar dan memberitahu keadaan Nur Jannah kritikal kerana kandungannya bermasalah. Nur Jannah terpaksa di bedah. Bonda menangis. Tengku Zareena menegur dan menyuruh Bonda bersabar. Bonda membaca yassin dan Tengku Zareena turut serta. Izaryl gembira melihat Tengku Zareena sudah berubah. Izaryl berdoa supaya anak Bonda selamat tanpa di ketahui itu adalah Nur Jannah. Izaryl dan Tengku Zareena melawat Damia.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 23

Nur Jannah termenung memikirkan Izaryl . Sufian menegur. Mereka saling bertanya khabar. Abdullah menghampiri dan bersalam dengan Sufian. Mereka berbual. Nur Jannah hanya memerhati mood ayahnya yang sudah berubah. Izaryl merenung gambar Nur Jannah. Izaryl melemparkan album gambar ke dinding sehingga pecah. Nur Jannah di biliknya gelisah. Dia terasa tidak sedap hati. Balqis melihat Nur Jannah memasak di dapur. Dia berdeham dan Nur Jannah berpaling. Nur Jannah tersenyum dan ingin memeluknya. Balqis menjauhkan diri. Nur Jannah melihat perut kakaknya yang sudah besar itu. Nur Jannah mahu pegang tapi Balqis menghalang. Katanya nanti anaknya akan mengikut perangai Nur Jannah. Balqis meninggalkan Nur Jannah. Tengu ZaNur Jannaha memujuk Izaryl menerima Damia. Kerana marahkan Nur Jannah Izaryl setuju. Damia dan Tengku Zareena gembira. Nur Jannah muntah lagi. Sumaiyyah hanya memerhati dengan penuh curiga.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 21

Nur Jannah mengemas meja Izaryl. Tengku Zareena masuk. Tengku Zareena mahu Nur Jannah memujuk Izaryl supaya berkahwin dengan Damia. Tengku Zareena memberitahu Izaryl akan menjadi anak derhaka jika tidak patuh pada arahannya. 

Watch episode
4.5 / 5

Episode 20

Izaryl dan Nur Jannah solat berjemaah. Kemudian Nur Jannah mengaji. Izaryl membimbing Nur Jannah. Izaryl dan Nur Jannah melawat Amina di rumahnya. Izaryl kekok memegang bayi dalam dukungannya. Amina curiga kerana Nur Jannah dan Izaryl kelihatan mesra dan intim. Dalam kereta Izaryl asyik bercerita tentang anak Amina dan menyimpan niat untuk mempunyai anak sendiri. Datuk Khalid dan Datin Marina berbincang mengenai perkahwinan Izaryl dan Damia yang lama tertangguh. Tengku Marina berjanji dia akan menyatukan Nur Jannah dan Damia secepat mungkin. Pejabat sunyi ketika waktu rehat. Izaryl yang baru pulang dari makan bersama pelanggan mencuit pipi Nur Jannah yang sedang membuat kerja di mejanya. Wanda yang baru keluar dari pantri terkejut melihat Izaryl membuat ‘ flying kiss ’ kepada Nur Jannah. Damia dan Tengku Zareena ke villa Izaryl. Tengku Zareena menuduh Nur Jannah mandul kerana belum mengandung lagi walaupun sudah setahun berkahwin.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 19

Nur Jannah memberitahu dia sudah bersedia untuk menjadi isteri Izaryl. Di meja makan mereka berbual dan bersembang. Izaryl telah membuka rahsia yang dia tidak pernah merogol Nur Jannah. Izaryl mula menceritakan apa yang terjadi malam Nur Jannah di ragut dan bagaimana dia tahu ada tanda lahir di betis Nur Jannah. Damia memegang perutnya yang makin membesar. Dia melihat di hadapan cermin. Izaryl memulakan kehidupan baru bersama-sama Nur Jannah. Izaryl turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur mencari Nur Jannah. Nur Jannah sedang asyik memasak. Izaryl merenung Nur Jannah sambil tersenyum. Nur Jannah terasa ada yang memandangnya dan terasa seram. Sambil memandang kiri dan kanannya dia membaca doa-doa yang dia ingat. Termasuklah doa makan. Izaryl yang mendengarnya ketawa. Nur Jannah berpaling dan terkejut melihatnya. Nur Jannah mula membebal. Rupanya rasa seram yang selalu di rasainya ketika sendirian bukanlah hantu rupa-rupanya Izaryl. Izaryl yang mendengar ketawa. Izaryl memberitahu d

Watch episode
4.5 / 5

Episode 17

Nur Jannah dan Izaryl bersarapan bersama. Izaryl memberitahu dia akan singgah ke tapak projek dahulu. Nur Jannah memandu menuju ke tempat kerja. Sampai di pejabat dia masuk ke bilik Izaryl dan mengemas meja. Izaryl berbincang dengan pekerjanya mengenai projek perumahan yang di kendalinya. Nur Jannah mengadap komputer menyiapkan laporan. Kamal rakan sepejabatnya mengajak Nur Jannah ke luar makan tengahari. Nur Jannah menolak. Wanda mendekati Nur Jannah dan bertanya apa yang Kamal mahu. Dia juga mengingatkan Nur Jannah untuk melawat Amina. Damia berlari masuk ke biliknya dan muntah. Damia menelefon Eddy untuk berjumpa. Perlahan-lahan dia menyentuh perutnya. Izaryl menegur Nur Jannah dan menyuruh Nur Jannah masuk ke biliknya. Wanda mengusik. Izaryl mengajak Nur Jannah makan tengahari. Nur Jannah menolak kerana sudah berjanji dengan Wanda untuk ke hospital melawat Amina yang sudah bersalin. Izaryl berkeras dan Nur Jannah terpaksa menurut. Damia bertemu dengan teman lelakinya. Damia menyuru

Watch episode
4.5 / 5

Episode 16

Nur Jannah masuk dan berjumpa dengan penyambut tetamu. Penyambut tetamu membawa Nur Jannah berjumpa Amina. Amina menekan interkom dan memberitahu calon temuduga sudah sampai. Nur Jannah mengetuk pintu dan kemudian masuk. Izaryl melindungi mukanya di sebalik fail yang di pegangnya. Izaryl bertanya dan Nur Jannah menjawab tanpa dapat di lihat wajah sebenar CEO syarikat. Izaryl sembunyikan ketawa di sebalik fail yang di pegangnya. Izaryl bertanya tentang status perkahwinan. Dengan tergagap-gagap Nur Jannah menjawab belum berkahwin. Izaryl kemudian menjatuhkan fail. Nur Jannah terkejut kemudian bangun. Izaryl turut bangun. Nur Jannah menuduh Izaryl sengaja ingin mempermainkan perasaannya. Amina yang terdengar bising-bising masuk tanpa mengetuk pintu. Izaryl dan Nur Jannah terdiam. Izaryl dengan selamba memperkenalkan Nur Jannah sebagai setiusaha barunya mengantikan Amina yang akan cuti bersalin tidak lama lagi.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 15

Izaryl mengusik Nur Jannah yang tengah memasak didapur. Nur Jannah marah. Opah dan Atuk turut ketawa melihat telatah Nur Jannah. Selepas sarapan, Izaryl dan Nur Jannah bersalaman dengan Atuk dan Opah untuk pulang ke Kuala Lumpur. Mereka berjanji untuk datang lagi. Opah sedih. Nur Jannah merenung Izaryl yang sedang memandu. Ketika Izaryl memandangnya hatinya berdebar-debar. Pagi itu, Nur Jannah bersiap untuk ke tadika. Dia membetulkan tudungnya. Izaryl meminta Nur Jannah supaya berhenti kerja dan memberitahu yang dia masih mampu menanggung Nur Jannah. Nur Jannah terkejut dan bertanya kenapa. Izaryl tidak menjawab dan menyuruh Nur Jannah masuk ke dalam kereta. Dalam kereta Nur Jannah memujuk supaya dia boleh bekerja di tadika lagi. Nur Jannah memberi alasan dia sudah selesa bekerja dan sayangkan kanak-kanak di situ. Izaryl menolak dengan alasan sudah masanya Nur Jannah memikirkan masa depan dan melahirkan anak sendiri. Nur Jannah terdiam.

Watch episode

Results 1 - 10 out of 24