Dewi Lasak

Rating

Average User Rating

0 / 5

Dewi Lasak

Genre:
Drama
Classification:
U
Times Viewed:
12049

Synopsis:

Dewi Lasak mengisahkan tentang tiga adik-beradik iaitu Seri, Dewi dan Qistina yang dibesarkan oleh bapa tunggal mereka, Jiman. Meskipun tiga beradik ini dibesarkan bersama-sama sejak kecil namun personaliti mereka amat berbeza dengan penampilan mereka. Seri merupakan kakak sulung dan bekerja sebagai wartawan jenayah. Seri mempunyai raut wajah yang jelita tetapi dia seorang yang tegas dan amat sensitif dengan isu wanita. Selepas hubungan cintanya dengan seorang lelaki berantakan tidak lama dulu, Seri terus menjarakkan dirinya daripada lelaki dan menyibukkan diri dengan tugasnya. Dewi adik kedua yang mempunyai sifat tomboy, sememangnya tidak suka berdandan. Walaupun sikapnya agak lasak, namun Dewi seorang yang setia dan dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Izani. Dewi ingin berkahwin dengan Izani tetapi dia tidak mahu melangkah bendul. Jadi Dewi bersungguh-sungguh mencari calon suami yang sesuai untuk kakaknya. Qistina pula adik bongsu yang manja dan masih lagi menuntut pengajian di sebuah kolej. Qistina pernah menjadi mangsa ragut dan sejak itu dia telah mendaftar diri di sebuah kelas karate untuk menggilap keupayaan bertarungnya. Malah Qistina juga meminati pemilik kelas karate itu, Faiz.