Gemilang

< Back to Reviews

Our Review

Gemilang

Administrator 04/04/2011 11:20:11

Natijah di sebalik pengorbanan adalah apabila dapat menyerlahkan kehidupan orang lain berbanding diri sendiri walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan dan keperluan diri dari sudut jiwa, harta, tenaga dan masa.

Show info:

MENDIDIK HATI DAN MINDA DISEBALIK PENGORBANAN & KASIH SAYANG

Natijah di sebalik pengorbanan adalah apabila dapat menyerlahkan kehidupan orang lain berbanding diri sendiri walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan dan keperluan diri dari sudut jiwa, harta, tenaga dan masa. Seperti seorang ibu yang sanggup bermatian untuk anak-anaknya, apa kurangnya nilai pengorbanan seorang guru demi kejayaan para pelajar dan anak muridnya. Namun bagi anak muda bernama Saifullah, tiada apa di dunia yang menjadi penghalang selagi masih mampu berusaha dan dapat melakukan pengorbanan demi kepentingan masyarakat dan negara.

Begitulah sedikit bingkisan yang bakal menjadi paparan dalam drama siri terbaru TV3 bertajuk Gemilang yang kini sudahpun mula ditayangkan sejak 24 Januari 2011, menemui penonton setiap Isnin jam 9:00 malam. Drama bersiri 13 episod, terbitan Filmscape, hasil arahan sutradara Kabir Bhatia dan nukilan skrip Mira Mustaffa. Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini termasuklah Dato’ Jalaluddin Hassan (Cikgu Talib), Shahz Jaszle (Saifullah), Kamal Adli (Umar), Tiz Zaqyah (Asma) dan pendatang baru, Tasha Shilla (Ruhana). Antara bintang-bintang baru yang bakal bersinar terdiri daripada Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Puan Nurul Aini Abu Bakar, “Selepas kejayaan drama Nur Kasih yang berupaya mencetuskan satu fenomena di kalangan penggemar drama tempatan, kini TV3 mempertaruhkan pula Gemilang, drama arahan Kabir Bhatia yang cukup indah dengan penghasilan skrip, jalan cerita selain improvasasi sinematografi yang cukup menyakinkan. Berlandaskan konsep dan persekitaran zaman 70’an,  hampir seluruh penggambaran Gemilang bertempat di persekitaran Lembah Klang dan Selangor. Selain mempunyai unsur-unsur pengorbanan dan ikatan kekeluargaan yang tragis, iltizam dan keikhlasan, turut diselitkan unsur-unsur pengajaran dan teladan bersesuaian dengan semua peringkat umur dan pelbagai latarbelakang penonton. Kenali hati dan budi seorang guru muda, Saifullah dan rakan seperjuangannya, membela nasib generasi muda yang inginkan kejayaan serta cekal menghadapi rintangan. Pastinya menjadi penyeri waktu perdana di malam Isnin, kami yakin para penonton tidak akan melepaskan peluang untuk menonton drama yang hebat ini bersama keluarga.”

Gemilang menyingkap kembali nostalgia Malaysia di lewat 70’an, di mana pembangunan dan kemajuan tanah air masih berada di peringkat pelancarannya. Selepas tamat universiti, Saifullah (Shahz Jaszle), seorang pemuda yang berwawasan telah menubuhkan Institut Gemilang, sekolah swasta yang pertama di kawasan pedalaman yang pernah didiami sewaktu kecil dahulu. Saifullah bertekad mahu mengubah nasib anak-anak remaja yang gagal dalam pelajaran menerusi Institut Gemilang yang menjadi satu platform dan juga peluang kedua untuk menjamin masa depan yang lebih baik.

Teman-teman rapat seperti Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla) turut serta menyokong perjuangan Saifullah dengan menjadi tenaga pengajar di Institut Gemilang membantu membimbing para pelajar yang telah gagal atau tidak dapat menduduki peperiksaan MCE (SPM) dan HSC (Tingkatan Enam). Saifullah yakin dengan kemampuan dirinya dapat mengubah hidup dan masa depan pelajar-pelajarnya. Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya sebahagian daripada mereka. Dia berjanji tidak akan berputus asa terhadap mereka asalkan mereka tidak berputus asa ke atas diri mereka sendiri.

Antara salah satu episod menarik drama Gemilang juga menampilkan kisah seorang wanita miskin yang datang berjumpa Saifullah dan merayu supaya anak lelakinya dapat menjadi pelajar di Institut Gemilang. Melihatkan anak muda itu yang langsung tidak mempunyai minat dalam pelajaran, Saifullah meminta geran tanah daripada wanita tersebut sebagai ganti yuran pembelajaran. Apabila anak muda itu melihat ibunya sanggup mengorbankan satu-satunya harta mereka di dunia, barulah dia memahami erti pengorbanan serta kepentingan ilmu sebagai jaminan masa depan.

Bagi para peminat yang ingin mengetahui lebih lanjut kisah menarik di sebalik pembikinan drama ini boleh melayari laman web www.tv3.com.my/gemilang. Antara elemen-elemen unik yang dipaparkan adalah seperti gambar-gambar eksklusif lokasi dan para pelakon, profil watak kegemaran serta ulangan episod-episod lalu termasuklah ‘Virtual Classroom’ atau ‘Kelas Maya’ bagi mereka yang ingin turut sama merasa seolah-olah beradi di Institut Gemilang sepertimana yang dipaparkan dalam Gemilang. Jangan ketinggalan untuk menerokai segmen menarik seperti Bilik Darjah (Classroom), Bilik Guru (Staff’ Room) dan sertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Ikuti banyak lagi kisah suka-duka Saifullah dan rakan-rakannya dalam meleraikan belenggu dilema, konflik dan seribu satu permasalahan demi membantu anak bangsa untuk maju di dalam Gemilang, setiap Isnin, jam 9.00malam, hanya di TV3.

Reviewer's Rating:

  /5.0

8 User Reviews Posted

Average user rating:
3/5

gemilang

kenapa asyik sangkut2 jer video ni... bosan btul la nak tunggu dari tadi

Add your review

Add your review

layanzzz......

layanzzz......

Add your review

cte ala-ala owg dlu.. lyaaannnnnnnn..

ape citer

Displaying: 1 - 8 out of 8

You must be a regisered user to comment - please login at the top of the page, or click here to register.