Kampung Girl

Episodes

Results 1 - 10 out of 13

4.5 / 5

Episode 13

AINNUR melepaskan marah dan geramnya kepada ASHRAF disebabkan ‘kampung girl’ yang digelar oleh ASHRAF kepadanya sejak dari dulu lagi. Dia betul-betul marah dengan ASHRAF namun dalam masa yang sama gelaran ‘kampung girl’ itu jugalah yang membuatkan dia berjaya hingga tahap sekarang. ASHRAF kesal kerana AINNUR tetap menyalahkannya disebabkan gurauannya yang menyebabkan AINNUR pengsan. Selepas menziarahi WAN SHAFIE di hospital, AINNUR dan ASHRAF bersama PUAN MAZLIN pergi ke majlis perkahwinan anak kawan PUAN MAZLIN .Disitu AINNUR tidak dapat mengelak menahan malunya apabila ASHRAF sudah begitu mesra meluahkan rasa hati kepadanya. Secara kebetulan FAISAL dan AIN AIRINA berada dalam majlis yang sama.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 12

ASHRAF sampai ke kampung AINNUR pelik kerana PUAN MASYITA tidak benarkan dia tinggal sebilik dengan AINNUR .Dia terpaksa tinggal di bilik tamu. AINNUR juga pelik dengan arahan ibunya. .Namun dia terpaksa akur kehendak ibunya kerana PUAN MASYITA takut terjadi perkara yang tidak diingini walaupun dia sudah sah menjadi isteri ASHRAF. AMIR, teman sekampung AINNUR datang bertandang untuk bertemu AINNUR setelah sekian lama meluahkan perasaan kesalnya kepada AINNUR tentang sikap adiknya HANNA yang lari dari rumah kerana mengikut teman lelakinya atas dasar keluarganya tidak dapat menerima lelaki tersebut. . Dia kecewa kerana HANNA langsung tidak mahu mendengar nasihat mereka sekeluarga. AMIR terus beredar apabila ASHRAF menghampiri mereka dan menunjukkan reaksi tidak senang melihat isterinya berbual dengan lelaki lain.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 11

ASHRAF mendapat usikan daripada ADAM. Dia betul-betul marah dengan cara ketawa ADAM seolah-olah mahukan dia membuat pengakuan yang dia telah bahagia hidup bersama AINNUR kerana itulah yang mahu didengar oleh ADAM. ADAM seakan tahu kegembiraan ASHRAF kerana ASHRAF akan melukis apabila dia sedang gembira. AINNUR pula cepat-cepat melarikan diri daripada ADAM kerana tidak sanggup menahan muka merah diusik oleh ADAM. ASHRAF berat untuk melepas AINNUR balik ke Pulau Pinang. Dia tidak sabar -sabar untuk menunggu isterinya di transfer ke Kuala Lumpur kerana tidak sanggup berjauhan lagi. AINNUR pula tiba-tiba pelik dengan perubahan drastik ASHRAF yang memanggilnya ‘Ain’ dan ‘sayang’ dan membahasakan dirinya ‘abang’ seperti yang sering didengarnya dalam mimpi. ASHRAF menghantar AINNUR ke airport. Dalam masa yang sama FAISAL pulang semula ke Malaysia dan disambut oleh AIN AIRINA yang merupakan sepupunya di airport.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 10

Mengetahui yang AINNUR cuti seminggu, PUAN MAZLIN memaksa ASHRAF mengambil AINNUR di Pulau Pinang walaupun pada mulanya ASHRAF menolak. AINNUR terkejut apabila tiba-tiba sahaja ASHRAF muncul di depan pintu rumahnya. Dia tergamam apabila mendengar yang ASHRAF hendak bermalam di rumah sewanya tetapi dia tidak membenarkan kerana takut dikatakan oleh jiran-jiran kerana tidak elok membawa lelaki masuk ke dalam rumah. AINNUR lupa yang ASHRAF adalah suaminya dan ASHRAF pula tidak kisah kalau jiran-jirannya tahu kerana dia boleh menunjukkan surat nikah. AINNUR terpaksa akur dan membenarkan ASHRAF tidur di biliknya dan dia tidur di bilik SALMI , kebetulan SALMI pulang ke kampung. ASHRAF tidak dapat melelapkan matanya. AINNUR menolak apabila ASHRAF mengajaknya pulang ke Kuala Lumpur, ASHRAF cuba berlembut tetapi AINNUR tetap berdegil tidak mahu pulang dan memberikan alasan yang dia banyak kerja sehinggakan ASHRAF terpaksa menghubungi bapa mentuanya, ENCIK AZMI .

Watch episode
4.5 / 5

Episode 9

ASHRAF meluahkan kekesalannya kepada WAN SHAFIE dengan apa yang dilakukan terhadap AINNUR. WAN SHAFIE bersimpati terhadap AINNUR. Dia menasihati ASHRAF agar beralah dan buang sifat ego kerana AINNUR adalah isterinya dan bukannya orang lain. WAN SHAFIE juga terkejut apabila mendapat tahu yang AINNUR berkelulusan university luar Negara dan tidak sepertimana yang dikatakan oleh ASHRAF yang AINNUR tidak belajar tinggi. WAN SHAFIE mengambil telefon bimbit ASHRAF untuk menghantar sms ‘maaf dan rindu’ kepada AINNUR tetapi tidak dipersetujui oleh ASHRAF kerana ayat yang hendak dihantar terlalu ‘over’ namun dia terpaksa beralah kerana WAN SHAFIE pandai memujuk dirinya. ASHRAF membuat anggapan AINNUR memadam sms yang dihantar kerana tidak mendapat balasan daripada AINNUR. Namun WAN SHAFIE memujuk ASHRAF agar tidak membuat kesimpulan negative terhadap AINNUR. Selepas selesai tugasnya seharian suntuk di sekolah, AINNUR terkejut membaca sms yang dihantar oleh ASHRAF .

Watch episode
4.5 / 5

Episode 8

SALMI menasihati AINNUR agar pulang ke Kuala Lumpur berjumpa dengan ASHRAF. Dia mahu AINNUR tahu tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Walaupun sepatutnya ASHRAF yang datang berjumpa dengan AINNUR tetapi dia tahu ASHRAF tidak akan berbuat demikian dan sebab itulah dia mahu AINNUR mengalah dan pergi ke Kuala Lumpur berjumpa dengan ASHRAF. ASHRAF terkejut apabia dimaklumkan oleh PUAN MAZLIN yang AINNUR akan pulang ke Kuala Lumpur setelah hampir sebulan mereka tidak bertemu. WAN SHAFIE juga memarahi ASHRAF kerana tidak menjawab panggilan telefon AINNUR sebaliknya menekan cancel setiap kali bunyi deringan telefon daripada AINNUR semata-mata kerana egonya tidak mahu mengaku rindu terhadap isterinya.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 7

ASHRAF tidak berpuas hati dengan permainan AINNUR . Dia mendesak AINNUR supaya berterus terang dengannya kenapa merahsiakan daripadanya sedangkan orang lain semua tahu yang dia mempunyai kelulusan luar negara. Dia memarahi AINNUR sehingga suaranya didengar hingga ke luar bilik membuatkan semua yang yang berada di ruang tamu terkejut. AINNUR merayu kepada ASHRAF agar tidak memaklumkan perbuatannya kepada ENCIK AZMI kerana dia tahu tahap kemarahan bapanya. Dalam masa yang sama, ASHRAF tergamam apabila kali pertama secara berdepan melihat AINNUR berbahasa Inggeris dengannya. ASHRAF dan AINNUR bengang apabila diusik oleh MAKCIK ZAINAB tentang malam pertama mereka. Mulut MAKCIK ZAINAB seperti tidak berinsuran kerana secara depan-depan dia mengusik mereka sehingga wajah AINNUR merah madam menahan malu. Dalam masa yang sama ASHRAF masih lagi marah apabila memikirkan tentang dirinya seperti dipermainkan dan diperbodohkan oleh AINNUR.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 6

WAN SHAFIE ketawa geli hati apabila mendapat tahu yang ASHRAF akan ditunangkan dan dinikahkan sebulan kemudian. Dalam masa yang sama dia turut diperli oleh ADAM kerana perasaan cemburunya dengan ‘budak kampung’ yang dikatakan tidak suka. Walaupun ASHRAF cuba menafikan perasaannya tetapi ADAM tetap dapat mengetahui isi hati ASHRAF yang dia sukakan AINNUR. Akhirnya ASHRAF mengakui akan bertunang dengan AINNUR apabila ADAM cuba untuk menaikkan kecemburuannya dengan menyebut nama FAISAL. Selepas majlis pertunangannya, AINNUR terkejut apabila dimaklumkan oleh ASHRAF yang majlis pernikahan mereka akan berlangsung sebulan kemudian. ASHRAF pelik melihat reaksi AINNUR kerana sebelum ini AINNUR tidak pernah membantah malah dialah yang selalu teruja. Dia tidak bersetuju kerana dia belum buat permohonan pertukaran sekolahnya.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 5

Di LCCT, ASHRAF terus beredar dari situ meninggalkan AINNUR seorang diri. AINNUR pula panic apabila dia tidak dapat menghubungi rakannya, ADILA yang bekerja di kaunter tiket LCCT kerana telefon bimbitnya tertinggal di dalam kereta ASHRAF. ASHRAF terpaksa berpatah balik ke LCCT untuk kembalikan telefon bimbit AINNUR apabila menerima panggilan daripada ADILA yang ingin menyerahkan tiket flight AINNUR. Bertambah sakit hatinya apabila ADILA mengutuknya sebagai “lelaki berlagak nak mampus” seperti yang diceritakan oleh AINNUR kepadanya selama ini . Setibanya di LCCT matanya terpaku apabila melihat AINNUR bersama dengan seorang pemuda yang kacak lebih-lebih lagi apabila melihat dari jauh tangan pemuda itu memaut lengan AINNUR. Hatinya terasa sakit melihatnya sambil bertanyakan apakah hubungan pemuda tersebut dengan AINNUR.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 4

Di sekolahnya, AINNUR tidak senang duduk apabila ibunya memaklumkan yang ASHRAF memintanya ke Kuala Lumpur kerana ada hal ‘urgent’ dan AINNUR wajib ke sana. AINNUR malas hendak melayan arahan ASHRAF kerana dia banyak kerja di sekolah yang perlu diselesaikan. Dalam masa yang sama, AINNUR menerima panggilan daripada PUAN MAZLIN yang menyampaikan pesanan ASHRAF agar datang ke Kuala Lumpur. AINNUR memaklumkan yang dia sibuk kerana budak-budak sekolah baru sahaja habis exam dan dia akan ke sana dalam masa yang terdekat cuma dia berharap agar PUAN MAZLIN tidak terlepas cakap kepada ASHRAF tentang kerjanya sebagai cikgu. AINNUR tersentak apabila menerima panggilan daripada ANNISA yang mengatakan dia adalah teman wanita ASHRAF hinggakan dia terasa hampir-hampir hendak menangis. Hatinya meronta untuk berjumpa dengan teman wanita ASHRAF. Dia tergamam apabila ANNISA menyuruhnya pergi ke pejabat ASHRAF. ANNISA pula tidak faham dengan bosnya yang memintanya menjadi girlfriendnya sementara.

Watch episode

Results 1 - 10 out of 13