Nora Elena

Episodes

Results 1 - 10 out of 25

4.5 / 5

Episode 24

Elena di dalam biliknya, menangis bercucuran air mata. Bayinya telah hilang. Dia juga mungkin akan bercerai dengan Seth kerana sudah janji mereka begitu. Elena resah gelisah menunggu Seth pulang. Seth berjanji yang dia akan mebawa balik bayi tersebut kerana dia tahu Yvonne seorang manusia yang sentiasa tunaikan janji. Elena masih ragu-ragu. Sementara itu, disebuah apartment, kelihatan seorang bayi yang mukanya seiras dengan anak Seth dibawah jagaan Yvonne. Pamela iaitu pekerja Seth yang tinggal bersama Yvonne sedang menjaga bayi tersebut. Pamela dapat panggilan telefon mencari Yvonne. Katanya Yvonne telah menculik anak Seth. Terkejut Pamela dibuatnya. Baru dia tahu kenapa hatinya rasa macam pernah tengok iras muka bayi ni.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 23

Nurse menyangka Elena sudah meninggal dunia. Tetapi di saat akhir, doktor dapat menyelamatkan Elena bersama bayinya. Dalam tempoh tersebut, Seth resah menunggu di luar bilik bedah. Yvonne cuba menenangkan Seth. Apabila Seth terlelap, Yvone mengambil kesempatan ini menguruskan keperluan Seth seperti membelikan makanan, minuman, tuala cuci muka, berus gigi, dan sebagainya. Yvonne berlagak seperti dia adalah isteri Seth di hospital. Tanpa disedari dia cuba mengucup pipi Seth. Ketika itu, emak dan ayah Elena dalam perjalanan ke ruang itu. Mujur Yvonne menarik balik hasratnya, bimbang Seth terjaga. Bayi Seth berjaya dilahirkan secara pembedahan. Seth terlalu gembira dengan bayi yang dinamakan Mohd Qodri itu. Dia telah lupa pada perjanjian cerai mereka. Elena kini resah. Sekarang sudah sah kah penceraian itu? Adakah dengan persetujuan Seth ke atas perjanjian itu, sudah dikira Seth telah melafaz cerai taklik?

Watch episode
4.5 / 5

Episode 22

Yvonne terus mencari jalan untuk memusnahkan kebahagiaan Seth dan Elena. Dia berjaya menguasai fikiran Eid sehingga Eid berubah menjadi seorang pendendam yang dasyat dan agresif. Eid juga mengalami tuduhan mahkamah akibat ditipu rakan kongsi.Puncanya, dia membuat kerja luar, mencuri pelanggan syarikat dan beberapa dokumen untuk syarikat yang baru ditubuhkan. Kemudian, barulah dia tersedar yang dia telah dimainkan oleh rakan kongsinya. Syarikat Seth pula telah rugi teruk. Seth memarahi Eid dan memecatnya. Seth tidak dapat lagi bersabar dengan Eid setelah mendapat tahu yang Eid seperti mahu menjatuhkan syarikat. Mujur lah Yvonne cepat menghidu hal ini. Secara tidak langsung, Seth terhutang budi kepada Yvonne.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 21

Mujur Kak Pah selalu membuang makanan yang Yvonne berikan kerana dilihatnya seperti basi. Elena pula jarang makan dengan cepat, suka bertangguh walau dileteri oleh Kak Pah dan emaknya yang selalu menelefon. Yvonne semakin marah dengan keadaan itu. Rahim Elena pula sudah semakin kukuh untuk menampung bayi yang makin membesar. Doktor membenarkan Elena mula bekerja. Ibunya yang risau dengan keadaan Elena, datang dari kampung untuk menjaga Elena. Apabila ibu Elena datang untuk menjaganya barulah Seth lega meninggalkan Elena di rumah. Yvonne menghasut Seth bahawa Elena mungkin mengandungkan anak Eid. Sebab perkahwinan mereka tidak bahagia sejak awal. Seth tidak termakan hasutan tersebut. Dia yakin anak dalam kandungan Elena itu adalah anaknya. Yvonne mula mengungkit bahawa Seth sendiri mengaku dahulu bahawa Elena tidak pernah melayannya di tempat tidur. Seth rajin ke masjid untuk menemani ayah Elena.Namun, Seth tetap rasa bersalah kerana merahsiakan kes rogol tersebut. Kesungguhan Seth mahu berterus terang tentang aib diri, menyentuh hati Elena.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 20

Memandangkan ibu bapa Elena sudah mengetahui kisah tersebut, atas nasihat Adila, Elena pulang ke kampung. Seth menunggu kedatangannya dengan penuh risau.Seth juga meminta Pak Ali menghantarkan Elena yang mungkin mengandung pada firasatnya. Kebetulan pada masa tersebut Pak Ali cuti kerana kurang sihat untuk beberapa hari. Elena telah memandu sendiri. Sebaik tiba di kampung, Elena mendapati seluarnya berdarah dengan teruk. Oleh kerana itu, Elena menangguhkan untuk bersemuka dengan Seth dan keluarga tentang masalah terbaru ini. Seth memangku Elena dan bergegas ke hospital. Elena berasa jijik apbila melihat muka Seth, perogolnya. Dalam keadaan pucat dan lemah, Elena tidak mampu lagi memaki hamun. Hanya menyimpan saja maki hamun itu untuk akan datang. Doktor berkata kandungan Elena lemah. Tidak boleh banyak bergerak, takut keguguran. Mujur mereka cepat datang ke hospital. Doktor telah menghentikan pendarahan Elena. Kandungan dapat diselamatkan. Jika pendarahan berlaku sekali lagi mungkin akan membahayakan kandungan tersebut. Elena dinasihati supaya rehat, tidak boleh banyak bergerak kerana rahimnya terlalu rapuh.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 19

 wajah Elena berubah menjadi trauma.Elena terjumpa seutas rantai yang menyamai rantainya semasa kejadian hitam dahulu. Elena berasa lemah dan terus terduduk ke lantai. Tiba-tiba seseorang berdiri di muka pintu iaitu Seth. Seth mahu membuat kejutan tentang kepulangannya. Elena menoleh ke arah Seth dengan mata berkaca dan menunjukkan rantai tersebut. Elena bertanyakan Seth tentang perihal rantai tersebut. Seth berasa tertekan. Berulang kali Elena menjerit, menggoncang lengan Seth dan memandang matanya. Seth tidak sanggup untuk memandand Elena. Elena mendesak dengan lelehan air mata. Mata Seth mula berkaca. Suaranya bergetar memberitahu Elena bahawa inilah rahsia yang ingin Seth ingin beritahunya tetapi tidak berpeluang. Elena kemudiannya memukul Seth sambil bertanya alasannya berbuat demikian berulang kali. Seth menjawab itu semua disebabkan dia telah dipengaruhi oleh nafsu yang terlalu inginkan Elena waktu itu. Elena tidak percaya.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 18

Elena tidak dapat meneruskan perbualan dengan Seth kerana tidak dapat menumpukan perhatian. Elena meminta Seth untuk menelefonnya semula. Seth bertanya kepada Elena tentang KC yang tiba-tiba pulang awal dari makan tengah hari. Elena memberitahu yang itu bukan KC. Kemudian, Seth bertanyakan tentang suara yang memanggil Elena kerana Seth begitu kenal dengan suara tersebut. Elena menyebut nama seorang staff. Seth tahu yang  Elena berbohong. Dia resah. Yvonne yang berpura-pura baik cuba menggembirakan Seth dengan lunch yang enak tetapi Seth tidak lalu untuk melayannya. Yvonne menyuapkan makanan ke mulut Seth dengan mesra dan manja tetapi Seth menolak tangan Yvonne dengan lembut agar Yvonne tidak kecil hati. Sebaik mematikan telefon, Elena bertanya kenapa Eid datang mengganggunya di pejabat. Eid ingin menjemput Elena untuk makan bersama tetapi Elena menolak. Eid bertanya betulkah Elena bahagia dengan Seth sekarang? Elena mengangguk. Bagaimana pula dengan dirinya? Jawab Elena, mungkin ini lah harinya yang kita boleh menamatkan hubungan kita secara rasmi. Eid mseperti tidak percaya. Tiba-tiba Elena terasa mual dan ingin muntah. Dia berlari ke tandas. Eid mengekorinya.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 17

Seth dan Elena pulang ke Kuala Lumpur sebagai suami isteri yang sebenar. Mereka mula belajar mengenali antara satu sama lain. Kini, Elena mula mendekati Seth dengan romantis. Menguruskan makan minum, pakaian Seth dan segalanya. Hati Seth berbunga. Inilah yang diharapkannya sejak 10 tahun dahulu. Cinta yang dipendam begitu lama, kini berbalas. Seth mengakui dia jatuh cinta ketika Elena masih 15 tahun. Elena terkejut. Seth seperti hendak beritahunya sesuatu, tetapi tersekat-sekat, wajahnya resah. Seth kemudiannya membatalkan hasrat. Elena masih tertanya-tanya. Seth buat keputusan dalam hati, tidak mahu rosakkan kebahagiaan ini. Eid  pula menghantar e-mel kepada Elena agar Seth tidak mengesyaki mereka. Tetapi e-mel tidak dibalas Elena. Eid menjadi resah. Yvonne berjumpa Eid untuk berbincang secara lanjut. Yvonne buat cerita palsu mengatakan rumahtangga Seth dan Elena bermasalah. Inilah masanya untuk Eid menawan semula hati Elena. Tambahan pula Eid masih mengharapkan cinta Elena.

Watch episode
4.5 / 5

Episode 16

Adila bimbang melihat Elena seperti orang gila kerana hendak ke PD pada waktu malam. Adila mengejar Elena dan mengikutinya. Elena senyum puas kerana akhirnya Adila kalah dengan kedegilannya. Di dalam kereta, Adila berasa cemas melihat Elena memandu dengan laju. Beberapa kali dia mengingatkan Elana supaya memperlahankan kereta. Adila hairan dengan sikap Elena kerana dalam bencinya terhadap Seth dia masih cemburu. Elena hanya mendiamkan diri kerana dia sendiri tiada jawapannya. Sebaik sampai di depan chalet, Adila sudah terlelap. Elena mengintip dari jauh. Elena nampak Yvonne dan Seth sedang bekerja menyiapkan projek penting bersama di balkoni. Seth berasa lenguh di tengkuk dan Yvonne menawarkan diri untuk mengurut Seth. Seth enggan. Tapi Yvonne tetap mendesak. Keengganan Seth tidak dilihat Elena. Yang dia nampak adalah kemesraan Yvonne bersama suaminya. Tiba-tiba air mata mengalir di pipinya....

Watch episode
4.5 / 5

Episode 15

Kebaikan Amir terhadap Elena membuatkan Elena semakin tidak selesa. Detik hati Elena mengatakan bahawa Amir adalah orang yang merogolnya dahulu.Seth memantau Eid dari jauh.Eid tidak pula cuba merapati Elena. Padahal dahulu, Elena berjumpa secara sembunyi dan berbohong untuk berjumpa Eid di luar. Sekarang, tidak perlu lagi berbohong atau melakukannya secara sembunyi. Apa muslihat mereka? Seth berasa hairan. Tetapi tetap lega, isterinya tidak lagi diganggu lelaki lain. Sementara itu, Yvonne menjalankan niat jahatnya dengan agresif. Dia  mencadangkan Seth untuk bercuti untuk menenangkan fikiran. Seth membawa Kak Pah dan Yvonne ke chalet peranginan milik syarikat di Port Dickson. Seth dan Yvone bersama-sama menguruskan bisnes dari situ, tidak perlu ke pejabat. Hanya menelefon saja dan memberi arahan.

Watch episode

Results 1 - 10 out of 25