Seram: You Saka Pergi Jauh Jauh
Drama bersiri terbaru di slot Seram, “You Saka…Pergi Jauh Jauh” yang bukan sahaja membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Eira Syazira, Nabil, Fauzi Nawawi, Dynas Mokhtar, Rosli Sako dan Amyza Adnan tetapi juga menonjolkan suatu kelainan berbanding dengan drama bersiri yang pernah disiarkan sebelum ini iaitu genre seram komedi.
You Saka.. Pergi Jauh Jauh telah disiarkan pada 2 Jun 2011 akan menemui para penonton selama 13 episod pada setiap hari Khamis jam 9.30malam. “Diterbitkan oleh Grand Brilliance, Primeworks Studios dan diarahkan oleh sutradara Jamal Khan dengan garapan skrip oleh Dilla Hussein, drama tersebut mengisahkan tentang kepayahan Nia, (Eira Syazira) seorang wanita yang berkerjaya untuk membebaskan diri daripada ilmu saka yang diamalkan oleh arwah ibunya, Rosrita (Amyza Adnan)
Selepas kematian ibunya, Nia sering diganggu oleh Gelam (Rosli Sako), saka yang mendampingi Rosrita. Gelam ingin menguasai Nia bukan kerana dia dipilih menjadi waris tetapi Nia sebenarnya merupakan calon yang terpilih oleh penjaga keturunannya, Puteri Jarum Permata untuk memusnahkan Gelam seterusnya dapat membebaskan keturunan Nia daripada ilmu saka. Maka, Gelam yang gagal menembusi badan Nia telah menggunakan hantu Rosrita untuk menjalankan rancangan jahatnya.
Ibrahim, seorang dukun moden yang merupakan bapa saudara kepada teman serumah Nia, Shasha (Ayang Hussein) amat risau dengan keselamatan Nia. Ibrahim telah menyuruh anaknya, Adrus (Nabil) untuk membawa Nia berlindung di rumah mereka.
Ketika Nia berikhtiar untuk menyeru Tuan Puteri yang tidak pernah menjelma dengan harapan untuk menghalau saka Gelam, Zeti (Dynas Mokhtar) pula muncul dalam kehidupannya. Zeti meminta khidmat perubatan tradisional daripada Ibrahim sebagai alasan untuk mendapatkan mantera yang dipercayai dalam simpanan Ibrahim. Oleh kerana terlalu gilakan kekayaan, Zeti sanggup membuat perjanjian dengan Gelam untuk memerangkap Nia.
Makin hari, Nia menyedari bahawa dirinya mempunyai kelebihan dan kuasa yang terpendam dalam dirinya. Nia dibimbing oleh nenek saudaranya, Tok Alai untuk mempelajari ilmu yang membolehkannya menghapuskan Gelam. Walau bagaimanapun, Nia hilang akal apabila Tok Alai menghilang diri, Ibrahim mula angau dengan Zeti dan Adrus pula koma akibat sihir. Apakah Nia dapat memulihkan semangatnya untuk menentang Gelam? Apakah punca dendam antara keluarga Nia, Puteri Jarum Permata dan Gelam? Adakah muslihat jahat Gelam akan berjaya? Jangan lupa untuk terus menyaksikan “You Saka.. Pergi Jauh Jauh”, di slot Seram, setiap hari Khamis jam 9.30malam, hanya di TV3!
0 User Reviews Posted
Displaying: 0 out of 0