- Home
- Shows
- Entertainment
- Anugerah Juara Lagu 25
Malam mendebarkan bagi penggiat industri muzik tanah air kini hampir sampai kemuncaknya! 14 buah lagu terhebat hasil nukilan dan garapan komposer, penulis lirik dan alunan penyanyi-penyanyi hebat tanahair bakal dinilai bagi mencari juara antara yang terbaik, lagu terhebat dalam Anugerah Juara Lagu 25. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu 25? Segala-galanya bakal terjawab pada malam ini!
Malam mendebarkan bagi penggiat industri muzik tanah air kini hampir sampai kemuncaknya! 14 buah lagu terhebat hasil nukilan dan garapan komposer, penulis lirik dan alunan penyanyi-penyanyi hebat tanahair bakal dinilai bagi mencari juara antara yang terbaik, lagu terhebat dalam Anugerah Juara Lagu 25. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu 25? Segala-galanya bakal terjawab pada malam ini!
Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Anugerah Juara Lagu 25 dibawakan secara langsung menerusi TV3 pada jam 9.00malam hingga 11.30malam. Berbagai spekulasi dan ramalan telah dibuat menjelang saat-saat akhir malam gilang-gemilang anugerah berprestij ini tentang lagu manakah yang bakal menggondol gelaran juara memandangkan calon-calon artis dan lagu yang dipertaruhkan kesemuanya mempunyai peluang cerah untuk menang. Mereka hanya mempunyai satu matlamat, iaitu menjulang trofi Anugerah Juara Lagu 25.
Anugerah Juara Lagu sering membawa konsep berlainan setiap tahun dan bersempena dengan ulangtahunnya yang ke-25, elemen ‘Music Mapping’ dipilih sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya di dalam industri tempatan di kemuncak acara gemilang ini. Pada malam gilang-gemilang ini, persembahan Anugerah Juara Lagu 25 akan diselang-selikan dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzik dan persembahan istimewa yang mampu memberikan impak mendalam bukan sahaja kepada persembahan para finalis, segmen pembuka tirai dan interlude, malah boleh dilihat dan dirasai secara keseluruhan ketika perjalanan program ini berlangsung.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar, ”Mencecah 25 tahun usia penganjurannya, selain memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik tempatan, Anugerah Juara Lagu juga merupakan pencetus kepada perubahan dalam evolusi muzik tanah air. Tema ”Music Mapping” bukanlah sekadar konsep semata-mata kerana malam ini Anugerah Juara Lagu 25 mengajak kita semua untuk mengimbas kembali arus transformasi muzik pelbagai genre dari era dulu hinggalah sekarang. Secara tidak langsung, kita juga dapat meraikan perjalanan dan pergolakan perubahan muzik yang bertambah dinamik bersesuaian dengan citarasa peminat masa kini. Ternyata medan persaingan kali ini adalah antara yang amat sengit dan menjanjikan pelbagai kejutan kerana melibatkan gabungan artis-artis solo dan juga berkumpulan di mana majoriti finalis sendiri merupakan komposer dan pencipta lagu yang dipertandingkan. Secara tidak langsung, AJL 25 boleh dilihat sebagai platform positif bukan sahaja kepada golongan artis generasi muda untuk mencipta nama, malah, sebagai pembakar semangat kepada barisan penghibur yang telah lama berjuang untuk terus mekar di persada seni.”
Debaran Anugerah Juara Lagu 25 bermula dengan acara “Red Carpet” pada jam 7.30malam dan dibawakan secara langsung melalui website www.tv3.com.my/ajl25 sebelum acara kemuncak dibawakan secara langsung tepat jam 9.00malam. Selain dari itu penonton juga berpeluang mendapatkan cerita-cerita eksklusif dan terkini termasuklah corat-coret menarik di sebalik tabir Anugerah Juara Lagu 25 dengan melayari www.gua.com.my. Di samping itu, laman portal rasmi Anugerah Juara Lagu 25 juga menganjurkan satu pertandingan menarik di mana para peminat juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM5,000 dengan hanya menghantar klip video ”Tiru Gaya Pemenang AJL”. Klip video yang paling kreatif dan mendapat undian terbanyak akan diumumkan sebagai pemenang pada malam Anugerah Juara Lagu 25 di laman portal rasmi sebentar lagi.
Perkarangan Stadium Bukit Jalil riuh seawal jam 3.00petang dipenuhi oleh para peminat yang tidak sabar menantikan acara langsung malam ini dengan meluangkan masa mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti menarik anjuran HotFM, selaku radio rasmi Anugerah Juara Lagu 25. Acara ’ground event’ ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai pertandingan ’Pop Kuiz AJL’ yang akan diadakan pada jam 4.30 petang di mana pasangan yang berjaya akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 manakala tempat kedua akan menerima RM500, ketiga pula RM300 dan tempat ke-empat pula memenangi barangan cenderahati HotFM.
Untuk sekian kalinya, malam kemuncak kali ini menampilkan gandingan pengacara popular yang tidak asing lagi iaitu Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar yang menjadi nadi penggerak mewarnai majlis gilang-gemilang ini. Manakala sidang produksi Anugerah Juara Lagu 25 terdiri daripada Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif sementara Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) bertindak sebagai Penerbit.
Anugerah Juara Lagu 25 dihangatkan lagi dengan penyertaan konglomerat besar industri telekomunikasi iaitu Hotlink sebagai penaja utama acara kemuncak yang sememangnya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh penggiat industri muzik tempatan, malahan jutaan peminat di Malaysia dan di luar negara. En. Allan Khoo, Ketua Bahagian Media & Penajaan, Maxis Berhad, menjelaskan, “Hotlink amat teruja dapat menjadi rakan kerjasama Anugerah Juara Lagu di malam anugerah yang istimewa untuk mengiktiraf penyanyi yang terbaik di persada muzik di Malaysia. Sebagai syarikat komunikasi bersepadu, visi kami adalah untuk mempertingkatkan pengalaman komunikasi pelanggan-pelanggan kami di samping menyokong perkembangan industri muzik tanahair.”
Tirai persembahan dibuka dengan penampilan istimewa daripada tiga penghibur yang masing-masing berjaya melakar sejarah tersendiri di pentas Anugerah Juara Lagu sebelum ini seperti Francesca Peters yang akan menyampaikan ”Sekadar Di Pinggiran”, lagu ciptaan Manan Ngah yang telah melonjakkan nama beliau di Anugerah Juara Lagu pertama pada tahun 1986. Nantikan kemunculan Nash membawakan lagu ”Pada Syurga Di Wajahmu” sebelum sifu popular, M.Nasir pula memanaskan lagi suasana di Stadium Putra dengan dua lagu keramatnya, ”Tanya Sama Itu Hud Hud” dan ”Ghazal Untuk Rabiah”.
Selepas selesai persembahan 14 lagu daripada para finalis, segmen ”interlude” pula terus menyingkap ilham tema ’Music Mapping’ yang memberi pengiktirafan kepada perjalanan arus dan genre muzik tempatan menerusi penampilan tiga biduanita muzik Malaysia, Datuk Sharifah Aini mendendangkan lagu ”Kau Tinggi Di Awan Biru/Oh Dimana” bagi meraikan genre pop, manakala Ziana Zain akan menyanyikan ”Anggapanmu/Madah Berhelah” antara lagu-lagu hits beliau berunsurkan balada. Kehangatan Anugerah Juara Lagu 25 pastinya terus membara dengan kemunculan Datuk Siti Nurhaliza, menyemarakkan kegemilangan genre etnik kreatif/irama Malaysia dengan lagu ”Balqis/Nirmala/Cindai” sebelum keputusan pemenang diumumkan.
5 User Reviews Posted
-
Report Abuse
-
vote for
vote against
1
rentianiAdd your review
-
Report Abuse
-
vote for
vote against
0
niklamAdd your review
-
Report Abuse
-
vote for
vote against
1
annakmalcarta muzik 26
Add your review
-
Report Abuse
-
vote for
vote against
0
sham6460Add your review
-
Report Abuse
-
vote for
vote against
0
zulbunga88Anugerah Juara Lagu 25
Add your review
Displaying: 1 - 5 out of 5