- Home
- Shows
- Entertainment
- Mentor 5
Program realiti paling popular, Mentor musim ke-5 telah menerima sambutan yang sangat luar biasa semasa berlangsungnya sesi uji bakat pada 18 & 19 Disember 2010 di Sabah, 1 dan 2 Januari 2011 di Sarawak seterusnya sesi pemilihan yang dikendalikan oleh barisan Mentor sendiri di Sri Pentas, Petaling Jaya.
Program realiti paling popular, Mentor musim ke-5 telah menerima sambutan yang sangat luar biasa semasa berlangsungnya sesi uji bakat pada 18 & 19 Disember 2010 di Sabah, 1 dan 2 Januari 2011 di Sarawak seterusnya sesi pemilihan yang dikendalikan oleh barisan Mentor sendiri di Sri Pentas, Petaling Jaya. Menerusi TV3, para penonton sudah menyaksikan 2 episod awal Mentor 5 mulai 13 Februari (Ahad) jam 9.00malam yang memaparkan pelbagai karenah dan aksi para peserta yang telah membanjiri perkarangan Sri Pentas untuk bergelar protege bagi Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira.
Teka teki siapakah 6 protege yang terpilih untuk berentap dalam musim ke-5 bersama barisan Mentor masing-masing sudah terjawab di mini showcase Mentor 5 yang berlangsung di Pusat Membeli Belah 1 Utama (Sayap Baru) pada hari ini. Salma, Ayish, Ratnah, Shiha, Aiman dan Iqa 6 protege yang berjaya mengharungi sesi ujibakat yang disertai oleh ribuan orang. Salma (Erra Fazira), Ayish (Noh Hujan), Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini), Aiman (Rahim Maarof) dan Iqa (Edry Abd Halim) telah membuktikan kemampuan diri dan potensi untuk berentap di gelanggang Mentor 5 bersama sifu masing-masing. Bagi mereka yang bakal bergelar Juara Mentor 5 akan memenangi hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Chevrolet Cruze.
Penerbit Eksekutif dan Pengarah Mentor musim ke-5, Muhamad Sufian Isa berkata, “Populariti program Mentor telah menyuntik semangat kepada kru produksi dalam pembikinan musim terbaru ini. Kali ini, kami menerima penyertaan hampir 3 ribu orang di 6 sesi uji bakat dan kiriman demo nyanyian. Barisan Mentor telah melakukan pemilihan dengan amat teliti sehingga Rahim Maarof telah mengadakan sesi uji bakat yang kedua bagi mendapat calon yang paling layak. Maklumlah, gandingan mentor dan protege perlu serasi dan memberikan komitmen penuh bagi menjayakan pertandingan yang berlangsung selama 3 bulan ini.”
“Selain itu, kami juga bersyukur apabila ‘rating’ atau kadar tontonan semasa episod pertama mencatatkan 2.7 juta penonton dan episod kedua mencecah 2.81juta penonton. Maka, ia juga memberi motivasi kepada kami untuk terus mempersembahkan kandungan program yang mantap dan berkualiti supaya tidak mengecewakan jutaan peminat Mentor yang tidak pernah jemu mengikuti perkembangan program ini.”
“Selain menjadi inspirasi kepada anak didik mereka, Mentor juga menggalas tanggungjawab dalam perancangan strategi untuk mengasah bakat protege supaya lengkap dengan ilmu nyanyian, persembahan dan kemahiran berkomunikasi. Yang penting, protege-protege mesti mempunyai daya tarikan atau pun aura sebagai seorang penghibur tatkala berada di pentas Mentor untuk bergelar Juara,” tambah Sufian.
Keenam-enam protege telah memulakan sesi latihan dan persiapan rapi bersama Mentor mereka bagi menjayakan konsert pengenalan yang akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 6 Mac 2011 jam 9.00malam. Selepas itu, mereka akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan membuat persembahan sebanyak 4 kali di konsert mingguan yang diadakan secara berselang-seli antara Kumpulan A dan B bagi mengumpul markah. Protege yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan. 2 protege dari Kumpulan A dan B akan digabungkan di peringkat separuh akhir dan bertanding selama dua minggu sebelum menentukan siapakah finalis yang bakal berentap di peringkat akhir Mentor.
Musim ke-5 mengekalkan format permarkahan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri daripada pelajar-pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam industri muzik. Juara Mentor musim ke-5 akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 masing-masing dan sebuah kereta Chevrolet Cruze tajaan Chevrolet untuk protege. Hadiah wang tunai bagi tempat kedua ialah RM 30,000 untuk mentor dan protege. Protege yang memenangi tempat kedua juga akan memenangi sebuah Vespa LX150 tajaan Naza World.
Mentor 5 masih menampilkan Ally Iskandar Mohd Mardzi sebagai pengacara program, jurnal Mentor dan jurnal Protege. Selain itu, Nas Ahmad bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas. Mentor 5 membariskan Ajai sebagai Penasihat Vokal, Adam sebagai Penasihat Persembahan, Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik serta memperkenalkan juri tetap buat pertama kalinya dalam penganjuran Mentor iaitu Ramli M.S.
Ikuti konsert mingguan Mentor yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00malam hingga 10.30malam. Penonton juga boleh menyaksikan sorotan persediaan serta aktiviti protege bersama mentor melalui Jurnal Mentor, setiap hari Ahad jam 5.00petang hingga 5.30petang. Manakala Jurnal Protege akan memaparkan diari protege pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.58petang selama 2 minit. Maklumat terkini serta aktiviti protege boleh didapati melalui laman sesawang rasmi mentor www.tv3.com.my/mentor5
Mentor 5 ditaja bersama oleh MAHSA University College dan SG Men. Stesen radio popular HOT FM sebagai stesen radio rasmi manakala Chevrolet Cruze sebagai kereta rasmi dan Intekma Resort Shah Alam selaku penginapan rasmi protégé.
25 User Reviews Posted
-
Report Abuse
-
vote for
vote against
-2
piezah89Add your review
-
Report Abuse
-
vote for
vote against
7
yusmacho75nape sush sgt nk tngok online? dh register pn kne log in kt tonton, ntah pape je, nyusahkn
-
Report Abuse
-
vote for
vote against
4
kellyfiqawaniegeramm,,nak kne log in bnyk kali pe cer ni,,ishh pastu xley masuk gakl,,password usernme semua dah betull,,pe mslhnyer ni,,aduhai~
-
Report Abuse
-
vote for
vote against
2
yna_stylemana episod 5 ni!! lambatnya...dh berapa hari ni tak kan xde lg kot.nk kna 2gu seminggu ke?selalau sehari je..urmmmmmm
-
Report Abuse
-
vote for
vote against
1
ika.alemdeme da kedekot aa weyh...................
-
Report Abuse
-
vote for
vote against
3
kadeshsmakin lama,semakin susah nk tengok rancangan kt tv3 online.. mcm mn nk tgk episod awal mentor ni??
-
Report Abuse
-
vote for
vote against
5
meeja5002agree with yusmacho75..nyusahkan btol sejak ade tonton.com..nk tgk online pon ssh..episod2 terdahulu pon xleh tgk ke? argggghhhhh!!!!!!!geramnye!!!!!!
-
Report Abuse
-
vote for
vote against
1
noorzie88mentor5
Add your review
-
Report Abuse
-
vote for
vote against
1
rasta9280xbley pn...
-
Report Abuse
-
vote for
vote against
1
amirrahmanabg gambut ketak
kalau tak der si nas ni lagi bagus ....aman sikit aku tgk mentor kuat betul jadi batu api, dulu kes aku tak tgk melodi pun pasal si gambut ketak dgn kwn baik dia si asoh tu ...%^&**@# .. mencih nih........sekarang ni pun tak tgk juga pasal ada penganti dia plk si dahi luas tu
Displaying: 1 - 10 out of 25